INTENSIF AL-QURAN CUTI SEKOLAH

Kami menawarkan intensif Al-Quran cuti sekolah bagi mengisi kekosongan pelajar2 yang sedang bercuti. manfaatkan cuti sekolah dengan mendekatkan diri dengan Al-Quran!! Klik untuk maklumat lanjut.

Testimoni Teknik Al-Baghdadi

ADIK SOFFIAH JAMILAH : 5 TAHUN sudah pandai membaca Al-Quran dalam tempoh 3 bulan sahaja setelah menggunakan kaedah Al-Bgahdadi ini. Kawan2 yang lain bila lagi???

SEMINAR PEMAHAMAN AL-QURAN 2011. JOM!

SEMINAR PEMAHAMAN AL-QURAN 2011. Penampilan khas - US Don TV Al-Hijrah. Daftar Segera!! Pendaftaran awal diutamakan!!.

Saturday, December 24, 2011

SPAQ 2011 : Peserta teruja dan cadangan memanjangkan masa seminar

Us Don TV Al-Hijrah sedang membentangkan kertas kerja pertama

Bandar Tun Razak Jengka, 24 Disember - Seminar Pemahaman Al-Quran siri 1 2011 yang telah di adakan di Al-Baghdadi Learning Center (ALC) Jengka telah berlangsung dengan jayanya di sini pagi tadi. Seminar yang berlang separuh hari ini telah menampilkan Ustaz Don Danial yang sangat popular di TV Al-Hijrah dengan rancangannnya 30 Minit Ustaz Don.

Beliau yang hadir di atas jemputan ALC Jengka telah membentangkan kertas kerja pertama iaitu Pengenalan Rasm Uthmani.

Dalam tempoh satu jam 30 minit beliau telah mengupas beberapa ayat dari Al-Quran dan telah berjaya menarik minat peserta untuk terus mengikuti seminar ini hingga selesai.

Us Don TV Al-Hijrah sedang bersama dengan pserta

Seminar yang diadakan ini bertemakan "Mendekati Al-Quran Bererti Mendekati Allah" dengan sedaya upaya cuba menarik minat peserta yang hadir untuk terus bersama Al-Quran samada membacanya, memahaminya, dan sebagainya.

Peserta yang hadir dari sekitar Bandar Jengka dan Jerantut ini telah di bentangkan dengan kertas kerja yang ke dua iaitu Pengenalan Ilmuu Tajwid oleh Ustaz Hj. Mohd Zarimi Bin Abu Zih merupakan Timb. Pengerusi PERMAi Pahang. Manakala kertas kerja yang ke 3 iaitu Kaedah Mudah Belajar Al-Quran telah di bentangkan oleh Ustaz Hj. Mohd Naiem Bin Sarif Pengurus ALC Jengka.
Us Zarimi dengan kertas kerja Tajwid

Us Naiem dengan kertas kerja Kaedah Mudah Belajar Al-Quran

Berdasarkan komentar yang di berikan oleh peserta, ramai di kalangan mereka yang mencadagkan agar seminar ini di adakan lagi pada masa hadapan dengan memenjangkan tempoh masa kepada satu hari. Mereka juga berpuas hati dengan seminar ini dan bersyukur dengan ilmu yang disampaikan.

Peserta-peserta SPAQ 2011

Semoga seminar yang diadakan ini dapat menarik minat peserta serta masyarakat untuk terus bersama mendekati Al-Quran pada setiap masa. Moga usaha ini juga menjadi bekal di kahirat nanti.

Selain itu, pihak ALC Jengka telah memaklumkan kepda mereka beberapa program yang yang akan di jalankan di ALC Jengka untuk mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran juga dalam usaha membasmi buta Al-Quran di kalangan masyarakat Islam Jengka umumnya.

Pelajari teknik yang mudah dan berkesan untuk membaca Al-Quran. Jika berminat hubungi Ustaz Naiem ; 0142987550 untuk maklumat pengajian Al-Quran di ALC Jengka.

Wednesday, December 21, 2011

AlBaghdadi Bukan Muqaddam



albghddRamai yang menyangka Teknik Al-Baghdadi ialah Kaedah Muqaddam. Teknik Al-Baghdadi BUKAN Kaedah Muqaddam. Meskipun sama dari segi nama namun hakikat susunan dan tekniknya adalah jauh berbeza ibarat langit dan bumi.

Kaedah Muqaddam iaitu satu satunya kaedah yang paling awal dan paling lama digunakan disemua negara Islam di dunia. Pengasas kaedah al-Baghdadiah (Muqaddam) ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.

Teknik AlBaghdadi pula mula diperkenalkan pada tahun 2009, Pengasas Teknik ini ialah Ust Jalaluddin bin Hassanuddin Al-Baghdadi. Beliau menamakan teknik ini dengan nama teknik Al-Baghdadi kerana mengambil sempena nama Kota Baghdad di mana tempat beliau menerima ijazah Pertama dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran di University Saddam pada tahun 1998. Klik Untuk Lihat Latar Belakang Penyusun

Friday, November 18, 2011

Dalil Pada Menyatakan Kewujudan Ilmu Qiraat

Setiap amalan yang dilakukan mestilah bersandarkan kepada nas al-Quran dan hadis. Tanpa disandarkan kepada nas-nas ini maka amalan tersebut dikira tertolak ataupun sia-sia dan tidak diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana agama Islam adalah syariat daripada Allah s.w.t samada berbentuk seruan mahupun larangan bukan rekaan semata-mata.

Tidak syak lagi bahawa al-Quran yang dibaca oleh umat Islam dari dulu hingga sekarang adalah diterima oleh Rasulullah s.a.w yang mempunyai hujah dan nas yang kuat. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kafir kerana ianya sabit di dalam hadis mutawatirah seperti yang terdapat di dalam riwayat al-bukhari dan riwayat-riwayat lain. Perkara ini merupakan ijma’ para sahabat r.a, iaitu tiada siapa pun di kalangan para sahabat yang mengingkarinya. Di sini kami akan mengutarakan beberapa buah hadis .


HADIS PERTAMA

Dari syihab r.a berkata Ubaidillah meriwayatkan kepadaku bahawa Ibnu Abbas telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Jibril telah membaca al-Quran kepadaku di atas satu huruf maka aku membaca huruf tersebut dan setiap kali aku meminta tambahan lalu ia menambahkan kepadaku sehingga terkumpul tujuh huruf.(hadis riwayat bukhari)

Makna hadis: Hadis ini menunjukkan bahawa qiraat diturunkan di Mekah al-mukarramah semenjak turunnya al-Quran kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Jibril a.s. Ia juga menjadi dalil bahawa Rasulullah s.a.w membaca qiraat daripada Allah s.w.t melalui Jibril a.s.

Hadis ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w berulang-ulang meminta malaikat Jibril meringankan kepada umatnya dalam membaca al-Quran kerana umatnya tidak mampu.

Peristiwa ini menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah membaca kesemua huruf-huruf qiraat atau huruf sab’ah yang disampaikan oleh para malaikat tanpa syak dan diragui.

HADIS KEDUA

Dari Umar bin Al-Khattab berkata aku mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah Al-Furqan pada zaman Rasulullah s.a.w. Aku mendengar bacaannya, tiba-tiba beliau membaca di atas huruf yang banyak yang mana Rasulullah s.a.w tidak pernah membacanya kepadaku. Hampir aku ingin menariknya di dalam solat lalu aku bersabar sehingga beliau memberi salam, kemudian aku menarik bajunya seraya berkata; Siapakah yang membacakan surah ni kepadamu? Beliau menjawab, Rasulullah s.a.w yang membacakannya kepadaku. Lalu aku membawanya kepada Rasululah s.a.w dan mengadu tentang bacaan tersebut yang mana rasulullah s.a.w tidak pernah membaca kepadaku. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh Hisyam membaca surah itu dan baginda bersabda; begitulah ia diturunkan. Kemudian rasulullah s.a.w menyuruh aku membacanya dan seterusnya baginda bersabda; Begitulah ia diturunkan dan sesungguhnya al-Quran itu diturunkan di atas tujuh huruf, maka bacalah di antara mana-mana huruf yang mudah daripadanya. (riwayat bukhari)

Makna hadis: Menunjukkan Ilmu Qiraat adalah daripada Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang mengajarkan bacaan-bacaan tersebut kepada para sahabat.

Penerimaan sahabat mengenai kesemua ilmu dariapada Rasulullah s.a.w adalah berbeza di antara satu sama lain dari semua aspek,begitu juga pada penerimaan al-Quran dan al-Qiraat. Dalilnya ialah semasa pengumpulan al-Quran yang dipimpin oleh Zaid bin Thabit di zaman Uthman bin Affan r.a dimana dia mengumpul al-Quran daripada semua sahabat yang menghafaznya.

Pegangan para sahabat pada ke semua suruhan Rasulullah s.a.w amat kuat dan teguh di mana jika terdapat perkara yang tidak dilakukan Rasulullah s.a.w, mereka pasti akan mengadu kepada Rasulullah s.a.w bagi mendapatkan kepastian tentang hukum tersebut.

Kita diharuskan membaca Qiraat yang dirasakan mudah dan senang bagi kita untuk membacnya tetapi dengan syarat ia diambil daaripada guru bukannya daripada buku sebagaimana yang diamalkan oleh saidina Umar r.a.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites