INTENSIF AL-QURAN CUTI SEKOLAH

Kami menawarkan intensif Al-Quran cuti sekolah bagi mengisi kekosongan pelajar2 yang sedang bercuti. manfaatkan cuti sekolah dengan mendekatkan diri dengan Al-Quran!! Klik untuk maklumat lanjut.

Testimoni Teknik Al-Baghdadi

ADIK SOFFIAH JAMILAH : 5 TAHUN sudah pandai membaca Al-Quran dalam tempoh 3 bulan sahaja setelah menggunakan kaedah Al-Bgahdadi ini. Kawan2 yang lain bila lagi???

SEMINAR PEMAHAMAN AL-QURAN 2011. JOM!

SEMINAR PEMAHAMAN AL-QURAN 2011. Penampilan khas - US Don TV Al-Hijrah. Daftar Segera!! Pendaftaran awal diutamakan!!.

Showing posts with label Al-Baghdadi. Show all posts
Showing posts with label Al-Baghdadi. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Lebih 100,000 Telah Menyertai Pembelajaran Al-Quran Dengan Teknik Al-Baghdadi


Lebih 100,000 orang telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. sama ada menerusi pusat pada peringkat awal dan melalui rangkaian Al-Baghdadi Training Centre (ATC) di setiap negeri serta Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di setiap daerah bagi seluruh negara dalam tempoh 3 tahun .

Jumlah ini menunjukkan satu tanda bahawa masyarakat mulai sedar kepentingan mempelajari al-Quran sebagai tunjang kehidupan masyarakat Islam. Kursus yang diadakan secara berterusan oleh pihak Al-Baghdadi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui teknik ini secara lebih dekat.

Pengenalan

’Teknik Al-Baghdadi’ mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Ust Jalaluddin bin Haji Hassanuddin yang memiliki Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran dari Saddam University for Islamic Studies, Baghdad, Iraq. Beliau yang telah melibatkan diri lebih 10 tahun dalam pendidikan Al-Quran mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran Al-Quran supaya pembelajaran Al-Quran lebih mudah, menarik dan berkesan serta dapat dikuasai dalam masa yang singkat.

Melalui pendekatan sistem SAS yang diterapkan dalam penyusunan buku ini dan digabungkan dengan Teknik Ketukan, menjadikan kaedah ini sangat mudah dipelajari, menarik dan sangat berkesan bagi mereka yang masih tidak tahu membaca al-Quran.

Kursus-kursus

Pelbagai program telah dianjurkan termasuk Kursus Asas, Kursus Perunding, Kursus Intensif Tajwid dan yang terbaru ialah Kursus Al-Baghdadi untuk pra-sekolah (tadika). Program tersebut menjadi pemangkin bagi perkembangan Teknik ini di Malaysia. Kini Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. memiliki 13 buah Al-baghdadi Training Centre (negeri) dan lebih 200 lebih Al-Baghdadi Learning Center (daerah) di seluruh tanah air.

Penerimaan Masyarakat

Transformasi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang telah dilakukan melalui teknik ini dengan moto “Belajar Al-Quran Mudah, Menarik Dan Berkesan Dengan Teknik Al-Baghdadi’ menjadi tumpuan organisasi korporat, NGO dan masyarakat mendekati al-Quran sebagai sumber rujukan dan amalan dalam kehidupan. Pelbagai syarikat korporat seperti Takaful Ikhlas telah mengambil inisiatif memperkenalkan teknik ini kepada semua kakitangannya. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dan Politeknik Sultan Azlan Shah telah menganjurkan kursus Teknik Al-Baghdadi kepada pegawai dan kakitangan mereka.

Teknik ini juga telah dipilih menyertai pembentangan kertas kerja di Seminar Wahyu dan Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Peluang di ALC Jengka

Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Jengka merupakan salah sebuah ATLC yang terawal diwujudkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd di negeri Pahang. Kini sudah berusi 2 tahun lebih ALC Jengka beroperasi. Kami masih membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program dan aktiviti pembelajaran AlQuran di sini. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web http://q-centerjengka.blogspot.com/ .Semoga usaha ini dapat mengurangkan tahap buta Al-Quran di kalangan masyarakat ke tahap sifar.

Wednesday, December 21, 2011

AlBaghdadi Bukan Muqaddam



albghddRamai yang menyangka Teknik Al-Baghdadi ialah Kaedah Muqaddam. Teknik Al-Baghdadi BUKAN Kaedah Muqaddam. Meskipun sama dari segi nama namun hakikat susunan dan tekniknya adalah jauh berbeza ibarat langit dan bumi.

Kaedah Muqaddam iaitu satu satunya kaedah yang paling awal dan paling lama digunakan disemua negara Islam di dunia. Pengasas kaedah al-Baghdadiah (Muqaddam) ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.

Teknik AlBaghdadi pula mula diperkenalkan pada tahun 2009, Pengasas Teknik ini ialah Ust Jalaluddin bin Hassanuddin Al-Baghdadi. Beliau menamakan teknik ini dengan nama teknik Al-Baghdadi kerana mengambil sempena nama Kota Baghdad di mana tempat beliau menerima ijazah Pertama dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran di University Saddam pada tahun 1998. Klik Untuk Lihat Latar Belakang Penyusun

Tuesday, November 8, 2011

Mesti Baca!!! Testimoni Al-Baghdadi

Testimoni

ADIK SOFFIAH JAMILAH : 5 TAHUN



TERTARIK DENGAN CARA MUDAH BELAJAR AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI


Assalamu’alaikum.
Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti beberapa siri kursus anjuran Syihab Resourcers.
Selesai mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010 saya berazam melakukan testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah Jamilah yang berusia 5 tahun. Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf hijaiyyah sebelum ini.

Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik belajar dan seronok menggunakan alat ketukan tidak langsung membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara lebih berdisiplin, terkawal dan baik sepanjang proses pembelajaran. Membaca sambil mengetuk pada peringkat permulaan secara

Saya dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih berminat belajar dan berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid Al-Baghdadi. Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan buku tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca tanpa paksaan.

Minggu seterusnya saya mengujinya dengan potongan ayat-ayat Al-Quran secara rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’ 4, 5 dan 6. Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini dia sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4 di samping berminat menghafal surah-surah lazim.



Insya-Allah saya berazam untuk terus mengenengahkan dan berkongsi ilmu tentang teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Tahniah kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh warga kerjanya dengan izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik mudah dan menarik dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan usaha ini menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa kini.

Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran .
Terima kasih
Wassalam.

Anisah Manaf
013-9569847
29.10.2010 / 21 Zulqaedah 1431.

ADIK NURUL ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM :7 TAHUN





Alhamdulillah, Dengan Teknik Al-Baghdadi Saya Boleh Membaca Al-Quran Dalam TempohHari Sahaja, Terima Kasih Al-Baghdadi, Terima Kasih 22 Ustazah

APA KATA GURU AL-QURAN


"Teknik Al-Baghdadi Memudahkan saya mengajar Al-Quran dan mengawal disiplin murid saya,
mengajar dengan teknik Al-Baghdadi tidak memenatkan saya serta murid tidak jemu untuk melakukan latih tubi…Alhamdulillah denganizin Allah swt., dua murid saya telah mampu membaca Al-Quran dalam tempoh 22 hari diperkenalkan dengan Teknik Al-Baghdadi, Sangat Berkesan


Ustazah Rohaya Man
Guru Al-Quran, Alor Setar Kedah

Kenali Teknik Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi

Buku Tamhid

Teknik ini diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin al-Baghdadi dilahirkan pada 15 Januari 1970 di Kampung Berhala Gantang, Pahang. Teknik ini adalah penambahbaikan pada teknik muqaddam. Ianya menggunakan bunyi yang dihasilkan oleh “alat ketuk” sebagai tempo untuk kanak-kanak membaca al-Quran mengikut tajwid yang sempurna.

Alat Ketuk

Sebagai pelengkap kepada teknik ini, sebuah buku tajwid disertakan sekali. Ia mengandungi 10 bab yang menekankan prinsip asas dan amali tajwid.

buku tajwid

Bagi menarik minat kanak-kanak, kad al-Baghdadi digunakan untuk membantu menanamkan kecintaan yang mendalam dalam diri kanak-kanak bagi mempelajari al-Quran. Teknik Baghdadi diterapkan dalam permainan kreatif dengan penggunaan kad al-Baghdadi akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria, santai dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil.

Kad al-Baghdadi ini disusun dan dicipta oleh Puan Erni Yentti binti Amir dilahirkan pada 24 September 1981 di Ipoh, Perak.

kad al baghdadi

Mungkin terdapat beberapa lagi kaedah P & P al-Quran yang tidak saya senaraikan di dalam entri ini. Untuk makluman pembaca, saya hanya menyenaraikan kaedah P & P yang lazim diguna pakai oleh guru-guru al-Quran di Malaysia. Seperti yang saya katakan di awal penulisan, mungkin kaedah tersebut tidak popular dan tidak diketahui oleh guru-guru al-Quran.

PRODUK al-Baghdadi

KELAS AL-BAGHDADI (KANAK-KANAK)

* Intensif selama 6 Bulan

* Buku Yang Padat, Ringkas, Mudah dan Ekslusif.

* Kaedah Sistematik, Pendekatan Inovatif & Teknik Yang Menarik (Teknik Ketukan).

*Tumpuan Kepada 6 Kemahiran Asas Membaca Al-Quran.

* Teknik Pengajaran Bahasa Yang Terbukti Berkesan; SAS ( Struktur, Analisis & Sintesis ).

KELAB AL-BAGHDADI (DEWASA)

* Intensif selama 3 Bulan

* Tidak mengira usia lelaki @ perempuan

* Tiada asas atau sedikit asas membaca Al-Quran.

* Buku Yang Padat, Ringkas, Mudah dan Ekslusif.

* Kaedah Sistematik, Pendekatan Inovatif & Teknik Yang Menarik (Teknik Ketukan).

*Tumpuan Kepada 6 Kemahiran Asas Membaca Al-Quran.

* Teknik Pengajaran Bahasa Yang Terbukti Berkesan; SAS ( Struktur, Analisis & Sintesis ).

Buku Tamhid Al-Baghdadi

…asas untuk membaca Al-Quran. Meliputi 6 kemahiran asas bacaan dalam 11 pelajaran sahaja…

  • keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • kemampuan membaca tanda baris asas bacaan (fathah, kasrah dan dhommah).
  • kemahiran menguasai tanda baris dua bacaan (tanwin).
  • keupayaan mengenal tanda bacaan panjang (mad).
  • kemampuan membaca tanda bacaan mati (sukun).
  • kemahiran menguasai tanda bacaan berganda (sabdu).

Buku Tamhid Prasekolah

…asas untuk membaca Al-Quran khas untuk anak-anak. Meliputi 6 kemahiran asas bacaan dalam 11 pelajaran sahaja…

  • keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • kemampuan membaca tanda baris asas bacaan (fathah, kasrah dan dhommah).
  • kemahiran menguasai tanda baris dua bacaan (tanwin).
  • keupayaan mengenal tanda bacaan panjang (mad).
  • kemampuan membaca tanda bacaan mati (sukun).
  • kemahiran menguasai tanda bacaan berganda (sabdu).

Buku Tajwid Al-Baghdadi

…Siri pelengkap kepada Buku Tamhid Al-Baghdadi. Mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan prinsip asas dan ‘amali dalam pembelajaran dan pengajaran Tajwid Al-Quran…

Kemahiran menguasai:
  • Makhraj-makhraj huruf iaitu tempat keluarnya huruf-huruf hijaiyyah di dalam struktur asas bacaan.
  • Teknik bacaan dan cara menyebut yang jelas dan mudah bagi huruf-huruf yang banyak berubah dari segi bacaannya apabila bertemu dengan huruf-huruf yang lain di dalam sesuatu ayat Al-Quran seperti huruf Nun (Ù†), Mim (Ù…) dan sebagainya.
  • Tanda dan bacaan waqaf iaitu cara berhenti dan menyambung bacaan.
Alat Ketuk
…alat bantu mengajar yang didatangkan bersama-sama dengan Buku Tamhid Al-Baghdadi sebagai satu tempo yang memberi hak kepada setiap huruf…

APAKAH TEKNIK AL-BAGHDADI?


Adakah anak anda atau anda sendiri masih belum mahir dalam pembacaan Al-Quran? Mereka yang mahir pula mempunyai rasa kurang yakin untuk mengajar Al-Quran?

Seterusnya, tahukah anda setiap satu huruf Al-Quran mempunyai satu hasanah atau boleh dikira sebagai pahala? Satu huruf yang dibaca tanpa wudhu' maka kita mendapat 1 hasanah, 10 hasanah jika berwudhu' dan 50 hasanah jika dibaca dalam solat.

Cuba kita kira huruf Basmalah yang mempunyai 19 huruf. Jika kita baca basmalah maka kita mendapat ganjaran 19 x 10 = 190 hasanah. Kita bersolat 17 rakaat sehari semalam, maka 17 x 190 =3,230 ganjaran hasanah sehari. Sekiranya kita memperturunkan atau mengajar sejumlah 30 murid dan setiap seorang akan solat 17 rakaat sehari semalam maka 17 x 190 x 30 = 96,900 ganjaran hasanah setiap hari yang kita InsyaAllah akan perolehi. Bayangkan sebulan, setahun dan seterusnya.

Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah satu teknik yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang mudah, inovatif, sistematik dalam tempoh yang singkat. dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Bahan-bahan serta teknik Al-Baghdadi ini terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah al-Bargy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa di seluruh negara selama 8 tahun.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites