Saturday, February 11, 2012

Lebih 100,000 Telah Menyertai Pembelajaran Al-Quran Dengan Teknik Al-Baghdadi


Lebih 100,000 orang telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. sama ada menerusi pusat pada peringkat awal dan melalui rangkaian Al-Baghdadi Training Centre (ATC) di setiap negeri serta Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di setiap daerah bagi seluruh negara dalam tempoh 3 tahun .

Jumlah ini menunjukkan satu tanda bahawa masyarakat mulai sedar kepentingan mempelajari al-Quran sebagai tunjang kehidupan masyarakat Islam. Kursus yang diadakan secara berterusan oleh pihak Al-Baghdadi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui teknik ini secara lebih dekat.

Pengenalan

’Teknik Al-Baghdadi’ mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Ust Jalaluddin bin Haji Hassanuddin yang memiliki Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran dari Saddam University for Islamic Studies, Baghdad, Iraq. Beliau yang telah melibatkan diri lebih 10 tahun dalam pendidikan Al-Quran mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran Al-Quran supaya pembelajaran Al-Quran lebih mudah, menarik dan berkesan serta dapat dikuasai dalam masa yang singkat.

Melalui pendekatan sistem SAS yang diterapkan dalam penyusunan buku ini dan digabungkan dengan Teknik Ketukan, menjadikan kaedah ini sangat mudah dipelajari, menarik dan sangat berkesan bagi mereka yang masih tidak tahu membaca al-Quran.

Kursus-kursus

Pelbagai program telah dianjurkan termasuk Kursus Asas, Kursus Perunding, Kursus Intensif Tajwid dan yang terbaru ialah Kursus Al-Baghdadi untuk pra-sekolah (tadika). Program tersebut menjadi pemangkin bagi perkembangan Teknik ini di Malaysia. Kini Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. memiliki 13 buah Al-baghdadi Training Centre (negeri) dan lebih 200 lebih Al-Baghdadi Learning Center (daerah) di seluruh tanah air.

Penerimaan Masyarakat

Transformasi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang telah dilakukan melalui teknik ini dengan moto “Belajar Al-Quran Mudah, Menarik Dan Berkesan Dengan Teknik Al-Baghdadi’ menjadi tumpuan organisasi korporat, NGO dan masyarakat mendekati al-Quran sebagai sumber rujukan dan amalan dalam kehidupan. Pelbagai syarikat korporat seperti Takaful Ikhlas telah mengambil inisiatif memperkenalkan teknik ini kepada semua kakitangannya. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dan Politeknik Sultan Azlan Shah telah menganjurkan kursus Teknik Al-Baghdadi kepada pegawai dan kakitangan mereka.

Teknik ini juga telah dipilih menyertai pembentangan kertas kerja di Seminar Wahyu dan Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Peluang di ALC Jengka

Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Jengka merupakan salah sebuah ATLC yang terawal diwujudkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd di negeri Pahang. Kini sudah berusi 2 tahun lebih ALC Jengka beroperasi. Kami masih membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program dan aktiviti pembelajaran AlQuran di sini. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web http://q-centerjengka.blogspot.com/ .Semoga usaha ini dapat mengurangkan tahap buta Al-Quran di kalangan masyarakat ke tahap sifar.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites