
Setiap amalan yang dilakukan mestilah bersandarkan kepada nas al-Quran dan hadis. Tanpa disandarkan kepada nas-nas ini maka amalan tersebut dikira tertolak ataupun sia-sia dan tidak diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana agama Islam adalah syariat daripada Allah s.w.t samada berbentuk seruan mahupun larangan bukan rekaan semata-mata.Tidak syak lagi bahawa al-Quran yang dibaca oleh umat Islam dari dulu hingga sekarang adalah diterima oleh Rasulullah s.a.w yang mempunyai hujah dan nas yang kuat. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kafir kerana ianya sabit di dalam hadis mutawatirah seperti yang terdapat di dalam riwayat al-bukhari dan riwayat-riwayat...